Lengkuas

Lengkuas

Lengkuas

Kaempferia Galanga

Juga dikenali sebagai Galangal.

Tanaman ini ditanam secara meluas di kawasan Asia tropika dan rupanya hampir serupa dengan halia dan sangat berguna dalam masakan dan juga perubatan tradisional. Di Malaysia, lengkuas banyak digunakan dalam masakan tradisi rendang. Tumbuhan ini adalah dari keluarga Zingiberaceae. Kepentingan perubatan tumbuhan ini telahpun dicacatkan dan didokumentasi di India sejak 600 SM. Justeru itu ramai yang mempercayai bahawa lengkuas berasal dari India. Selain daripada itu, tumbuhan ini juga digunakan dalam perubatan Ayurvedik sedangkan di Malaysia digunakan sebagai ubatan sejak berabad yang lalu. Rizom lengkuas juga merupakan bahan minyak yang utama iaitu sineol.

Lengkuas merupakan sejenis tumbuhan perennial iaitu jangkahayat yang panjang, tumbuh secara menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Daunnya ringkas, licin dan berwarna hijau. Daunnya berbentuk memanjang dan runcing di hujung daun. Manakala tepi daunnya adalah rata. Rizomnya tumbuh secara menjalar, tebal, beraroma dan tegap.

Tumbuhan ini boleh ditanam dengan senang dan boleh tumbuh dengan menanam keratan rizomnya.

Rizom lengkuas digunakan untuk meransang aktiviti pencernaan dalam perut (stomachic). Balutan rizomnya yang ketuk dapat digunakan untuk merawat reumatik, demam, lemah tenaga batin, bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), dyspepsia (ketidakhadaman makanan) dan diabetes (kencing manis). Jus daripada rizomnya yang dicampurkan dengan air kencing manusia dapat mengurangkan bisa gigitan ular tedung. Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan sebagai rawatan herpes (penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus).

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Bayam Brazil

Bayam Brazil Sissoo spinach, also known as Brazilian spinach, Bayam Brazil, Sambu and Samba lettuce

Read More >
Info on Plants

Vanila

Vanila Vanilla Planifolia Vanila merupakan sejenis tumbuhan keluarga orkid yang berasal dari Mexico dan kini banyak ditanam

Read More >