Sirih

Sirih

Sirih

Piper Betle

Nama lain yang digunapakai ialah: Betel leaves, Betel vine, piper betel, sirih dan herba ini adalah dari famili Piperaceae.

Tumbuhan ini berasal dari kawasan Indo-Malaya.  Daunnya yang berwarna hijau berbentuk bujur ; purata panjang 18sm dan lebar 12sm dan urat-urat daunnya jelas kelihatan di permukaan atas . Ia tumbuh menjalar (memanjat ) pada pokok lain, kayu pancang atau di pagar rumah. Batang pokok sirih adalah sederhana keras. Susunan daunnya yang tumbuh berselang seli antara 3 – 5 cm jaraknya itu mempunyai aroma dan rasa yang agak pahit serta pedas sedikit.

Daun sirih amat terkenal di kalangan orang India dan Melayu. Biasanya digunakan dalam upacara keagamaan (India) dan juga di hari-hari perayaan tradisi seperti peminangan/ pertunangan, perkawinan serta dijadikan penawar kepada penyakit. Dulu-dulu dan mungkin masih ada lagi di waktu sekarang ini, orang-orang tua ada yang menggemari mengunyah sirih yang dicampurkan dengan gambir, pinang dan kapur makan di waktu santai. Ini juga boleh menjadikan seseorang itu ketagih.

Herba ini juga dikatakan mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat. Antaranya ialah:  sebagai pencuci mata. Daun sirih yang telah matang (berwarna kuning) diperah ke dalam  air suam dan ditapiskan. Rendam mata di dalam air tersebut ketika mata dicelikkan. Lakukan tiga kali seminggu. Ia juga diguna sebagai pencuci vagina (kemaluan) untuk kaum wanita. Daun serta batangnya direbus dan dijadikan pencuci untuk membasuh liang faraj bagi mengelak keputihan.

Ia juga dikatakan dapat melegakan penyakit asma dan batuk-batuk. Daunnya dicampur gula batu dan direbus pekat. Selepas itu, airnya diminum serta daun yang dilayur atas api  seketika  ditempel pada dada. Ia juga baik untuk hidung yang suka berdarah. Daun sirih yang muda diramas-ramas, digulung dan disumbatkan ke dalam lubang hidung. Daun sirih juga elok untuk digunakan bagi penyakit kulit gatal. Rebuskan daun sirih dan cuci kulit yang gatal. Elok juga untuk hapuskan jerawat. Daun direndam dalam air panas dan cuci muka setelah air menjadi suam. Juga sesuai sebagai aromaterapi untuk mengharumkan bau badan.

Begitu juga masalah perut, buah dada bengkak susu – daun dijadikan barut setelah disapu minyak kelapa serta dilayur ke atas api dan letakkan ke atas perut / buah dada yang bengkak akibat air susu berlebihan.

Kami tiada info konkrit tentang daun ini sebagai ubatan, namun masih boleh dicuba.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Crepe Ginger / Setawar

Crepe Ginger / Setawar Cheilocostus speciosus, or crêpe ginger, is a species of flowering plants in the family Costaceae. Some botanists

Read More >
Info on Plants

Kunyit Hitam

Kunyit Hitam Nama Botani: Curcuma Caesa Juga dikenali sebagai Black Tumeric. Kunyit hitam atau nama

Read More >
Info on Plants

Pink Syngonium

Pink Syngonium Syngonium ‘Neon Robusta’ Other names: Pink Arrowhead Vine, Pink African Evergreen Syngonium ‘Neon Robusta’ is

Read More >