Kesum

Kesum

Kesum 

Nama Botani: Polygonum Minus

Juga dikenali sebagai Knotweed.

Kaya dengan beta karotena, vitamin A dan C, sesuai untuk minuman selepas bersalin.

Kesum adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di Malaysia dan negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan seperti asam pedas, kerabu dan juga laksa utara. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di tepi bilik air). Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam masakan bagi orang Melayu negeri Johor, Melaka dan juga Utara. Ia akan menghasilkan rasa aroma yang cukup menyelerakan setelah dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed (English), Duo mao lio (Cina), Surudo kudami (Jepun). Walaubagaimana pun ianya adalah spesis yang lain dari Kesum di Malaysia.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Avokado

Avokado Persea Americana Buah Avokado atau nama sainsnya Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae, merupakan

Read More >
Info on Plants

Limau Purut

Limau Purut  Nama Botani: Citrus Hystrix Juga dikenali sebagai Kaffir Lime. Pokok limau purut memang

Read More >