Kayu Manis / Cinnamon

Kayu Manis / Cinnamon

Kayu Manis

Cinnamomum Verum

Ceylon cinnamon

Famili: Lauraceae

Kayu manis berasal dari Sri Lanka. Ia merupakan rempah ratus antara yang tertua.

Pokok ini boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 6 m dan kadang-kadang boleh mencapai ketinggian sehingga 12 m. Batangnya tegap dengan ukuran diameter antara 30-60 cm. Pokok yang matang mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kelabu. Pokok ini mempunyai dahan yang rendah dan banyak. Hujung daunnya tirus dengan bahagian pangkalnya adalah bulat dan kadang-kadang sedikit tirus.

Pokok ini boleh dijumpai ditanam secara separuh liar di Sri Lanka di kawasan tanah pamah rendah yang lembab sehingga ketinggian 2,000 kaki. Kayu manis boleh dibiakkan secara biji benih atau keratan.

Bahagian yang digunakan ialah kulit dan daun.

Tumbuhan ini mempunyai bahan antifungal dan antibakteria. Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap dan ianya digunakan untuk mengawal jangkitan kuman dan mengawal tekanan darah rendah manakala bahagian kulitnya digunakan untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan gangren (pereputan tisu) pada paru-paru. Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada bahagian luar badan dengan cara menuam bagi rawatan bisul yang bernanah. Minyaknya juga adalah mujarab untuk merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik. Kayu manis juga boleh merawat kekejangan urat perut , sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah serta boleh digunakan untuk rawatan kanser. Di China , kulit pokok dan ranting yang dikeringkan boleh dijadikan rawatan bagi merawat kanser, tekanan darah tinggi dan masalah sakit perut dengan mencampurkan dengan bahan ubatan lain.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Kesum

Kesum  Nama Botani: Polygonum Minus Juga dikenali sebagai Knotweed. Kaya dengan beta karotena, vitamin A

Read More >
Info on Plants

Ylang-ylang / Bunga Kenanga

Bunga Kenanga Cananga Odorata Pokok Kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama botaninya Cananga odorata

Read More >
Info on Plants

Black Pepper

Lada Hitam Black pepper (Piper nigrum) is a flowering vine in the family Piperaceae, cultivated for its fruit, known as a peppercorn,

Read More >