Ulam Raja

Ulam Raja

Ulam Raja

Nama Botani: Cosmos Caudatus

Nama lain bagi ulam raja ialah, pelampung, king’s salad, intan berayun dan kenikir.Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter.  Biasanya kitaran hidupnya hanya satu musim sahaja. Ia sangat mudah membiak kerana biji benihnya di sebarkan selepas bunganya matang. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas. Ulam raja mempunyai kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama, iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium dan kalium. Ulam raja dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.

Ulam raja, atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus, merupakan ahli keluarga Asteraceae. Ia berasal dari Amerika Latin dan telah dibawa ke Asia Tenggara oleh Sepanyol terutama di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ia digunakan secara tradisi bagi meningkatkan pengaliran darah, menguatkan tulang, menyejukkan badan, melewatkan penuaan dan merawat penyakit berjangkit.

Ekstrak ulam raja menunjukkan sifat antioksidan dengan pelbagai kaedah pengujian. Ulam raja matang pada usia 8 minggu dan dikutip pada musim panas. Ula mini mempunyai kandungan sebatian fenolik yang tingi serta memberikan sifat antiosidan yang tinggi.

Penggunaan ulam raja secara umumnya selamat, dan berkhasiat, namun pengambilan ekstrem untuk tujuan merawat seperti beberapa ratus gram sehari hendaklah dipantau memandangkan belum ada data keselamatan yang lengkap. Kajian sedia ada menunjukkanterdapat potensi kesan toksik akut terhadap hati tikus.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Kemunting

Kemunting Rhodomyrtus tomentosa also known as rose myrtle, is a flowering plant in the family Myrtaceae, native to southern and southeastern Asia. It

Read More >
Info on Plants

Pink Syngonium

Pink Syngonium Syngonium ‘Neon Robusta’ Other names: Pink Arrowhead Vine, Pink African Evergreen Syngonium ‘Neon Robusta’ is

Read More >
Info on Plants

Begonia

Begonia Begonia is a genus of perennial flowering plants in the family Begoniaceae. The genus contains more than 1,800 different plant species.

Read More >