Telang / Butterfly Pea

Telang / Butterfly Pea

Telang (Biru atau Putih)

Tumbuhan telang ini adalah dari famili kekacang. Nama biasanya ialah kacang telang. Nama lain yang digunakan ialah Butterfly pea, blue or white pea dan ia merupakan tumbuhan yang meliar.

Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea adalah dari famili Fabaceae. Di Kelantan dan juga di tempat lain yang mengenali tumbuhan ini,  ia juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan cara keratan batang atau biji.

Kacang telang, dipercayai sebagai tumbuhan turun-temurun berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Ia juga boleh mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Daun dan bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit. Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Limau Purut

Limau Purut  Nama Botani: Citrus Hystrix Juga dikenali sebagai Kaffir Lime. Pokok limau purut memang

Read More >
Info on Plants

Daun Dill

Daun Dill  Anethum Graveolens Nama saintifik daun herba Dill ialah Anethum Graveolens dan ia adalah

Read More >
Info on Plants

Black Pepper

Lada Hitam Black pepper (Piper nigrum) is a flowering vine in the family Piperaceae, cultivated for its fruit, known as a peppercorn,

Read More >