Keremak Merah

Keremak Merah

Keremak Merah

Nama saintifiknya ialah Alternanthera Sessilis Red dari famili Amaranthaceae. Nama biasanya ialah Red Sessile Joyweed, Red Carpet Weed, Bayam keremak merah, Red Ceylon Spinach,  Daun Tolod,  Creeping Chaffweed, Khaki Weed, Daun Kurma Merah atau Kemerak Merah.

Tumbuhan ini dianggap berstatus exotic dan merupakan herba untuk buat air minuman atau makanan.

Dikatakan herba ini boleh direbus dan diminum dengan merebuskan daunnya seperti minuman air teh herba. Atau boleh juga direbus sekali dengan buah kurma Cina dan diletak gula batu, juga bersama daun pandan. Direbus selama dua jam dengan api yang perlahan dan kemudian disimpan di dalam peti sejuk untuk dibuat minuman. Kajian oleh Tan dan Kim (2013- Singapore), mengatakan yang kompound herba ini mempunyai kemampuan untuk mengurangkan penyakit diabetes. Kajian ini telah dilakukan di atas tikus.

Dikatakan juga herba ini mempunyai sifat sebagai anti-ulser dan dapat menyejukkan tubuh badan.

Daunnya juga boleh digoreng dengan cili, belacan dan udang kering seperti masakan kangkung belacan, dan dimakan dengan nasi. Sangat enak untuk dimakan.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Peanut Butter Tree

Bunchosia glandulifera, commonly known as peanut butter fruit, is a species of flowering plant in the acerola family, Malpighiaceae, that is

Read More >
Info on Plants

Ati-Ati

Ati-Ati Coleus Blumei Famili: Labiatae Nama Biasa: Hati-hati Nama lain: Nilam, bangun-bangun, ati-ati Pokok ati-ati

Read More >
Info on Plants

Flame Violet

Episcia cupreata is a species of perennial plant in the family Gesneriaceae that is found in Brazil, Colombia, and Venezuela. Its common

Read More >