Daun Dill

Daun Dill

Daun Dill 

Anethum Graveolens

Nama saintifik daun herba Dill ialah Anethum Graveolens dan ia adalah dari famili seleri ‘Apiaceae’.

Daun Dill sangat popular dalam masakan Barat terutama masakan Itali, Rusia dan Greece. Masakan ikan, terutama ikan salmon, juga kambing, kentang dan kacang pea sering menggunakan herba daun dill untuk menyemarakkan aromanya. Kadang-kadang daun dill juga diguna untuk minuman yogurt. Selain dari masakan Barat, masakan India, masakan Parsi juga masakan Timur Tengah banyak menggunakan herba ini untuk mengharumkan masakan. Daun ini juga digunakan untuk persediaan salad.

Pokok Dill mudah ditanam dan senang membiak. Di Malaysia, penduduk berketurunan Melayu memanggilnya ‘pokok halau nyamuk’ dan dikatakan baunya tidak digemari nyamuk.

Pun begitu, daun Dill dikatakan sangat baik untuk penghadaman, juga untuk memulihkan bau mulut yang tidak menyenangkan. Juga baik untuk kurangkan bengkak di anggota badan dan juga ‘cramp’.

Tumbuhan daun dill sangat cantik kalau dijadikan sebahagian dari lanskap taman herba atau taman bunga.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Daun Puding Hitam

Daun Puding Hitam Graptophyllum pictum ‘Black Beauty’ Juga dikenali sebagai Puding Masak Rendang. Kebiasaannya digunakan

Read More >
Info on Plants

Bromeliad

Bromeliad The Bromeliaceae (the bromeliads) is a family of monocot flowering plants of 75 genera and around 3590 known species native mainly to

Read More >
Info on Plants

Creeping Charlie

Creeping Charlie Pilea nummulariifolia Other names: Creeping Pilea, Swedish Ivy (Plectranthus) Creeping Charlie is a

Read More >