Belalai Gajah
Clinacanthus Nutans
Juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass.
Belalai gajah atau nama saintifiknya Clinacanthus nutans, merupakan ahli keluarga Acanthaceae. Ia digunakan secara tradisi di Asia terutamanya Malaysia, China dan Thailand untuk merawat kanser, penyakit keradangan, diabetes, masalah kulit, jangkitan herpes dan gigitan serangga.
Hasil carian menggunakan kata kunci Clinacanthus nutans di pangkalan jurnal berindeks memberikan 111 jurnal penyelidikan.
Belalai gajah dilaporkan mempunyai sebatian kimia dari kelas benzonoids, cerebrosides, glycoglycerolipids, glycosylglycerides, fatty acids, klorofil, phytosterols, flavonoids, flavonoids glycosides, sebatian fenolik dan glukosida yang mengandungi atom sulfur.
Daun kering belalai gajah dilaporkan mempunyai karbohidrat, protein, minerals seperti potassium, kalsium, natrium dan magnesium, asid lemak seperti omega-3 dan omega-6, selain phytonutrient seperti flavonoids, dan asid fenolik.
Suka diingatkan di sini, belalai gajah ini lebih merupakan ubatan dan untuk itu, anda perlu berjaga-jaga bila memilih untuk menggunanya. Jangan sekali-kali ‘overdose’, mungkin memudaratkan.