Pokok Kari

Pokok Kari

Pokok Kari

Murrayya Koeniggi

Nama lain  yang digunakan ialah daun kari (Malaysia), Kariveppilai, Kari-Kari, Veppu-neem, Daun Ilai (Tamil), Curry leaves (Inggeris). Pokok kari adalah dari famili Rutaceae.

Herba ini biasanya ditanam di kawasan rumah dan juga dijadikan tanaman hiasan. Daun kari sangat sinonim dengan masakan masyarakat India yang menjadikan ia sebagai bahan rempah bagi meningkatkan bau masakan apabila digoreng bersama bawang dan bahan penumis yang lain. Selain masakan kari, ianya dicampur untuk masakan rasam, chutney dan muruku. Malah, dalam masyarakat Melayu juga, daun kari menjadi sangat penting terutama untuk masakan pelbagai kari dan ayam goreng berempah.

Asal usul pokok kari dikenalpasti dari India dan Sri Lanka dan ianya tumbuhan herba yang lasak serta boleh hidup subur dalam pelbagai keadaan cuaca.

Tanaman berkenaan adalah sejenis pokok kecil yang mampu membesar sehingga sekitar enam meter tinggi dengan diameter batang mencecah 40 sentimeter.

Ciri daunnya pula adalah pinat (pinnate) iaitu majmuk dengan anak daun tersusun pada satu rakis.

Setiap rakis mempunyai 11 hingga 21 daun dengan setiap daun berukuran dua sentimeter lebar dan empat sentimeter panjang.

Pokok kari juga menghasilkan bunga kecil berwarna putih yang melalui proses pendebungaan sendiri dan menghasilkan biji benih berbentuk beri berwarna hitam.

Walaupun pulpa beri yang mempunyai rasa manis seperti ubat itu dipercayai boleh dimakan namun, ia jarang digunakan dalam masakan.

Komponen pokok yang sering digunakan dan sinonim dalam kehidupan seharian adalah daun, akar dan kulit kayu.

Selain itu, ia turut dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan terutama bagi pengamal Ayurveda kerana dipercayai mempunyai kelebihan seperti anti diabetes dan anti oksida selain berupaya melindungi hati daripada kerosakan.

Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.

Selain dijadikan bahan masakan dan perubatan, ciri daun yang tinggi aroma itu menciptakan pelbagai produk lain seperti sabun, losyen, pewangi rumah, minyak wangi dan produk penjagaan rambut.

Di samping itu, akar pokok kari turut digunakan untuk merawat sakit badan manakala kulit kayu digunakan untuk menyembuh kesan gigitan ular.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Kaduk

Kaduk Nama Botani: Piper Sarmentosum Juga dikenali sebagai Wild Betel. Kaduk ialah sejenis tanaman yang

Read More >
Info on Plants

Crepe Ginger / Setawar

Crepe Ginger / Setawar Cheilocostus speciosus, or crêpe ginger, is a species of flowering plants in the family Costaceae. Some botanists

Read More >
Info on Plants

Keremak Merah

Keremak Merah Nama saintifiknya ialah Alternanthera Sessilis Red dari famili Amaranthaceae. Nama biasanya ialah Red

Read More >