Pegaga

Pegaga

Pegaga

Nama Botani: Cantella Asiatica.

Juga dikenali sebagai Indian Pennywort.

Kegunaan: boleh dijadikan ulam dan minuman.

Pegaga, atau nama saintifiknya Centella asiatica sering digunakan sebagai ulam-ulaman, jus, salad dan pelbagai lagi jenis hidangan.

Pegaga kaya dengan sebatian dari jenia pentacylic triterpenes yang dikatakan bertanggungjawab terhadap bioaktiviti pegaga iaitu asiaticoside, madecassoside, asiatic acid, and madecassic acid

Pegaga telah digunakan untuk rawatan bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong), asma, rembesan gastric, disentri (cirit birit), masalah buah pinggang dan dropsi (penyakit disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan). Herba ini mempunyai kesan yang cepat untuk menurunkan tekanan darah dan juga dijadikan sebagai ubat penawar awet muda. Di Malaysia pegaga dijadikan sebagai ulam makanan di kalangan masyarakat Melayu dan dijadikan sebagai air minuman penyejuk badan bagi masayarakat Cina serta dijadikan sebagai tonik di kalangan masyarakat India. Masyarakat Melayu menggunakan air rebusan daun pegaga untuk tujuan rawatan kusta dan reumatik (sakit sendi). Daun pegaga yang dipanas sehingga garing atau jus daun pegaga yang dicampurkan dengan makanan digunakan untuk mengurangkan cirit birit kanak-kanak. Setengah-setengah orang menggunakan daun pegaga sebagai bahan demah atau tuam untuk merawat sakit akibat luka atau daun pegaga yang dilumatkan dan ditampal pada badan untuk rawatan demam. Jus daripada akar pegaga yang diminum dapat mencuci ulser. Setengah-setengah orang mempercayai bahawa daun pegaga adalah baik bagi ibu selepas mengandungi bagi tujuan awet muda. Tiada hasil yang konkrit tentang hal ini.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Kunyit Hitam

Kunyit Hitam Nama Botani: Curcuma Caesa Juga dikenali sebagai Black Tumeric. Kunyit hitam atau nama

Read More >
Info on Plants

Money Plant

Money Plant Epipremnum aureum Epipremnum aureum is a species of flowering plant in the arum family Araceae, native to Mo’orea in the Society Islands of French

Read More >
Info on Plants

Avokado

Avokado Persea Americana Buah Avokado atau nama sainsnya Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae, merupakan

Read More >