Lemon

Lemon

Lemon

Citrus Limon

Limau lemon mempunyai nama saintifik sebagai citrus limon. Lemon adalah dari keluarga Rutaceae. Ia merupakan sejenis buah yang kaya dengan Vitamin C dan merupakan antiseptik, antibiotik dan antioksidan. Ia sering digunakan dalam minuman dan juga makanan. Buah lemon berwarna hijau semasa muda dan akan menjadi kuning menarik bila sudah matang. Pokok lemon sangat sesuai ditanam di kawasan tanah yang beriklim panas dan lembab. Tanah yang berpasir juga sangat bagus untuk tanaman pokok lemon dan elakkan menanam lemon di kawasan yang selalu banjir.

Ada pelbagai jenis lemon yang boleh hidup di Malaysia, dan di antaranya ialah lemon belian, lemon telur buaya, lemon kapas dan juga lemon Meyer.

Buah lemon juga sering diguna sebagai penawar kepada keracunan dan racun. Ia juga dikatakan menjadi detox dan boleh menurunkan berat badan. Selain itu, ia digunakan dalam minuman bersama madu dan air panas untuk mengubati sakit tekak. Kulitnya boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk di badan. Ia juga boleh melawaskan sistem penghadaman.

Lain kali, bila anda memasak nasi goreng, cuba perahkan sedikit limau lemon ke dalamnya. Pasti enak!

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Hydrangea / Siti Zubaidah

Hydrangea common names hydrangea or hortensia, is a genus of 70–75 species of flowering plants native to Asia and the Americas. By far the

Read More >
Info on Plants

Kemunting

Kemunting Rhodomyrtus tomentosa also known as rose myrtle, is a flowering plant in the family Myrtaceae, native to southern and southeastern Asia. It

Read More >