Ylang-ylang / Bunga Kenanga

Ylang-ylang / Bunga Kenanga

Bunga Kenanga

Cananga Odorata

Pokok Kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Nama botaninya Cananga odorata (Lam.) Ia juga dikenali sebagai Ylang-Ylang.

Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah. Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.

Bunga kenangan mengandungi beberapa zat kimia yang digunakan dalam mengubati beberapa penyakit, sejumlah kandungan zat penting tersebuat antara lain : flavonoida, saponin, polifenol, dan minyak atsiri.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Ulam Raja

Ulam Raja Nama Botani: Cosmos Caudatus Nama lain bagi ulam raja ialah, pelampung, king’s salad,

Read More >
Info on Plants

Tanduk Rusa

Tanduk Rusa Platycerium is a genus of about 18 fern species in the polypod family, Polypodiaceae. Ferns in this

Read More >
Info on Plants

Mahkota Dewa

Mahkota Dewa  Phaleria Macrocarpa Herba Mahkota Dewa juga dikenali sebagai Simalakama atau God’s Crown dan

Read More >