Avokado

Avokado

Avokado

Persea Americana

Buah Avokado atau nama sainsnya Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae, merupakan sejenis buah yang mempunyai pelbagai jenis bentuk mengikut tempat dan negara. Ada yang bulat, panjang, bujur dan sebagainya. Mengikut rujukan, buah ini berasal dari negara beriklim separuh tropika. Buat masa ini di negara kita, buah ini sering dijual di pasaraya-pasaraya dan kebanyakannya diimport dari luar.  Selain itu, ada juga sesetengah restoran yang menjadikannya sebagai minuman jus yang dicampur dengan susu.

Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dan kaya dengan protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari dipercayai boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk menghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Isi avokado yang kaya riboflavin juga berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering. Selain itu, ia juga sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Alocasia

Alocasia Alocasia is a genus of broad-leaved rhizomatous or tuberous perennial flowering plants from the family Araceae. There are 79 species native to tropical and subtropical Asia

Read More >
Info on Plants

Belalai Gajah

Belalai Gajah Clinacanthus Nutans Juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass. Belalai gajah atau nama saintifiknya

Read More >
Info on Plants

Bromeliad

Bromeliad The Bromeliaceae (the bromeliads) is a family of monocot flowering plants of 75 genera and around 3590 known species native mainly to

Read More >