Ati-Ati

Ati-Ati

Ati-Ati

Coleus Blumei

Famili: Labiatae

Nama Biasa: Hati-hati

Nama lain: Nilam, bangun-bangun, ati-ati

Pokok ati-ati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas (upar) daun bersama kapur sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.Daun ini boleh juga direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan minum.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Pokok Kari

Pokok Kari Murrayya Koeniggi Nama lain  yang digunakan ialah daun kari (Malaysia), Kariveppilai, Kari-Kari, Veppu-neem,

Read More >
Info on Plants

Flame Violet

Episcia cupreata is a species of perennial plant in the family Gesneriaceae that is found in Brazil, Colombia, and Venezuela. Its common

Read More >