Bunga Cina/Melur Cina

Bunga Cina/Melur Cina

Bunga Cina/Melur Cina

Nama Saintifik: Gardenia Augusta

Famili: Rubiaceae

Nama lain: Kacapiring, gardenia
Bunga Cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 – 2 meter. Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.

Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit. Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merawat sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang berbaki hanya satu gelas sahaja.

Di atas ini merupakan cara ubatan tradisional dan hal ini sekiranya mahu digunakan, perlulah berjaga-jaga dan jangan terlalu ghairah untuk menggunanya dengan banyak atau kerap.

You may also enjoy reading...

Info on Plants

Bird’s Nest Fern

Bird’s Nest Fern Asplenium nidus is an epiphytic species of fern in the family Aspleniaceae, native to tropical southeastern Asia, eastern Australia, Hawaii, Polynesia, Christmas Island, India, and

Read More >
Info on Plants

Black Pepper

Lada Hitam Black pepper (Piper nigrum) is a flowering vine in the family Piperaceae, cultivated for its fruit, known as a peppercorn,

Read More >